Sabtu malam 15 September 2012 menyaksikan padang pekan Kunak dibanjiri oleh kira-kira 10 ribu orang yang kebanyakannya adalah penduduk setempat. Mereka keluar beramai-ramai untuk menyertai Sambutan Malam Kemerdekaan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kunak bagi tahun 2012.
Sebahagian dari penonton yg membanjiri Padang Pekan Kunak pada Malam 15 September 2012 |
Yang menarik dan amat menggembirakan dengan sambutan pada malam tersebut ialah ketiadaan insiden-insiden negatif seperti orang mabuk dengan minuman keras, perkelahian, caci-mencaci dan sebagainya. Keadaan pentas juga tidak pernah dicemari dengan penonton menyerbu artis, sekadar terdengar teriakan-teriakan peminat yang memanggil-manggil nama artis memuji mereka seperti "Adam! Kau memang mannang bah!".
Ketika Yang Berhormat ADUN Kunak melangkah ke pentas untuk menyampaikan ucapan perasmian, kedengaran teriakan dari kalangan penonton, "Datuk Nilwan! You are the best!". Datuk Nilwan menoleh dan melambai mesra kearah datangnya suara tersebut.
Perpaduan dan kerjasama di kalangan semua lapisan masyarakat Daerah Kunak begitu ketara dengan masing-masing melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab bagi menjayakan sambutan pada malam tersebut. Semua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan masing-masing dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran persiapan dan perjalanan bahagian-bahagian sambutan. Begitu juga dengan syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan suku kaum etnik yangg terdapat di Daerah Kunak. Semuanya bekerjasama dengan penuh harmoni dan dengan rasa persaudaraan yang begitu kental.
Jabatan Pelajaran telah diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai Pengerusi Pengelola, Pejabat Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan mengatur persembahan, Pejabat Perhubungan ADUN dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kunak diberi amanah untuk membawa artis tempatan, NGOs menyumbangkan tenaga & persembahan, syarikat-syarikat swasta menyumbangkan dana manakala persatuan-persatuan suku kaum etnik menyumbangkan tarian kebudayaan masing-masing.
Sebaik sahaja YB ADUN Kunak tiba tepat pada jam 8.00 malam tarian 1Malaysia dipersembahkan oleh penari-penari yang memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazan/Dusun. Setelah itu semua hadirin berdiri menyanyikan Lagu Kebangsaan dan Sabah Maju Jaya diikuti dengan Pelancaran Grafiti 1Malaysia yang dihasilkan oleh murid-murid pra-sekolah dari 14 buah sekolah kebangsaan yang terdapat di Daerah Kunak.
Tarian 1Malaysia |
.
Persembahan oleh Adam AF2 & kumpulannnya |
Tarian Ongkona Sidenreng oleh Persatuan Bugis |
Tarian Igal-Igal oleh Persatuan Bajau |
Tarian Singa oleh Persatuan Tionghua |
Alhamdulillah, cuaca juga seakan "memberi kerjasama" yang baik. Hanya sekali-sekala hujan rintik-rintik yang turun beberapa saat menyejukkan suasana tanpa membasahi penonton dan tanpa menjejaskan persembahan.
Sambutan diakhiri tepat jam 12.00 tengah malam dengan nyanyian beramai-ramai 1Malaysia.
Sambutan diakhiri tepat jam 12.00 tengah malam dengan nyanyian beramai-ramai 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment