Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah, Yang Di-Pertua Negeri Sabah di perkarangan Mesjid Daerah Kunak disambut oleh Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang (ADUN N51 Kunak), Encik Susilo Sumarto (Pegawai Daerah) dan Kaum Muslimin Daerah Kunak. Selepas bersalaman dengan para hadirin, TYT Tun terus menunaikan solat sunat Tahyatul Masjid bersama beberapa Muslimin yang lain. Seterusnya TYT menyampaikan bantuan dan sumbangan peribadi kepada 25 orang fakir miskin dan mualaf serta bantuan sistem pembesar suara dan tikar sembahyang untuk kegunaan Masjid Al-Jannah Kg Telaga Tujuh, Kunak.
Turut menerima bantuan ialah pelajar-pelajar miskin dari tiga buah sekolah di daerah ini iaitu SMK Kunak, SK Pekan Kunak dan SK Mostyn. Setiap sekolah tersebut masing-masing menerima cek bernilai RM 10,000.
Sejurus selepas penyampain bantuan tersebut, waktu Solat Maghrib dan berbuka puasa pun menjelang tiba. Para hadirin beredar ke Balai Islam bersama TYT Tun untuk berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment