Kunak, 14 Julai 2011 - Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N51 Kunak, Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang hari ini melawat ke beberapa buah kampung di Mukim Pangi untuk meninjau keadaan perumahan penduduk. Kampung-kampung yang dilawati adalah Kg Pangi Hujung, Kampung Pangi Tengah dan Kampung Hampilan.
Dalam lawatan bermula pukul 10:30 pagi sehingga pukul 5:00 petang itu, Datuk Nilwan telah melawat dan mengenalpasti 31 buah rumah penduduk yang memerlukan bantuan segera untuk pembaikan. Keutamaan diberikan kepada pengagihan zink untuk mengganti bumbung yang bocor.
Seorang warga emas terharu dengan lawatan Datuk Nilwan ke rumahnya yang tidak disangka-sangka dan terus mendakap pemimpin kesayangannya itu. |
Keluarga yang dilawati keseluruhannya menyambut ketibaan Datuk Nilwan yang tidak disangka-sangka itu dengan penuh mesra serta menyatakan rasa kesyukuran dan berterimakasih kepada pihak kerajaan atas perhatian yang diberikan kepada mereka.
Bumbung rumah beratap nipah ini antara yang dicadangkan untuk diganti dengan bumbung zink |
Sebelum melakukan lawatan ke kampung itu, Datuk Nilwan yang baru tiba di Kunak pada pukul 9:00 pagi (dari Kota Kinabalu) sempat memanggil Pegawai Jabatan Air Kunak, Encik Jefri Eki, untuk penjelasan mengenai beberapa masalah ketidaksempurnaan sistem bekalan air yang sedang dihadapi oleh penduduk daerah ini. Perkara ini sedang hangat dibincangkan oleh penduduk Kunak melalui laman sesawang sosial facebook terutama dalam “Orang Kunak” facebook (OKfb).
Berikutan masalah bekalan air paip, penduduk Kg Dasar Baru ini menggunakan air dari perigi ini untuk kegunaan harian |
Terdahulu, Pembantu Pembangunan Masyarakat dari pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan N51 Kunak telah meninjau aduan penduduk mengenai masalah bekalan air di Kampung Dasar Baru, bersama-sama dengan beberapa pengunjung aktif OKfb, termasuk seorang wartawan akhbar harian Daily Express, Encik Ibrahim Tabir. Beliau dan Encik Ibrahim kemudian menyertai perbincangan dan melaporkan hasil tinjaun berkenaan.
Wartawan Daily Express mendengar aduan penduduk Kg Dasar Baru dengan diperhatikan oleh beberapa orang pengunjung aktif OKfb |
Dalam perbincangan tersebut Encik Jefri telah memberikan penjelasan yang agak terperinci mengenai beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksempurnaan sistem pada masa kini dan langkah-langkah yang sedang dalam peringkat perlaksanaan untuk memperbaikinya. Datuk Nilwan meminta Encik Ibrahim melaporkan dalam akhbar harian yang diwakilinya sebagaimana yang didengarnya sendiri dari Encik Jefri.
Sebahagian dari rombongan YB ADUN Kunak dalam lawatan ke Pangi |
Turut hadir ialah Ketua Daerah Kunak Panglima Hussin Hj Ombit, Pegawai Kesihatan Kunak Encik Dolar Yakim, Pegawai Kemajuan Rakyat Puan Hjh Maimunah Datuk Hj Zainal, kakitangan UPKR Kunak dan beberapa orang ketua kampung dan pengerusi JKKK Daerah Kunak.
No comments:
Post a Comment