- Meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan memulihara biodiversiti dan risiko yang sedang mengancam biodiversiti.
- Meningkatkan pengetahuan tentang kejayaan yang telah dicapai oleh masyarakat dan kerajaan dalam usaha pemuliharaan biodiversiti.
- Memacu penyelesaian innovatif bagi mengurangkan risiko ancaman ke atas biodiversiti.
- Menggalakkan individu, organisasi dan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah segera bagi menghentikan kehilangan biodiversiti.
Thursday, December 31, 2009
TAHUN 2010 - TAHUN BIODIVERSITI
Wednesday, December 30, 2009
KUMPULAN PENGUSAHA PKS KG CENDERAWASIH JUARA SEPANDUK MAAL HIJRAH
BAGAIMANA PLANET MARS MENJADI TANDUS
Thursday, December 10, 2009
HIJRAH: SELAMAT TINGGAL TUVALU, SELAMAT BERPISAH MALDIVES
Tuesday, December 8, 2009
HIJRAH: DARI SYURGA KE AFRIKA KE PENAKLUKAN DUNIA
Sunday, December 6, 2009
HIJRAH: CONTOH KEPIMPINAN UNGGUL RAKYAT DIDAHULUKAN
Kerana dakwahnya yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, kedudukan Baginda di Mekah semakin terancam. Begitu pula usaha beliau untuk menempatkan umat Islam di Taif telah mendapat sambutan dingin.
Nabi Muhammad SAW telah bertemu dengan sekumpulan penduduk dari Yathrib (yang kemudian ditukar nama kepada Medina), yang menyedari bahawa kebijaksanaan baginda boleh membantu mereka menyelesaikan masalah perpecahan yang sedang mereka hadapi. Mereka lalu memeluk Islam dan menyebarkannya di kalangan penduduk Medina.
Pada tahun 622M, rombongan yang lebih besar dari Medina telah datang kepada Rasulullah SAW menyatakan sokongan dan mempelawa beliau beserta orang-orang yang beriman untuk berhijrah ke Medina.
Sebagai pemimpin yang dilantik oleh Allah baginda telah menunjukkan sikap kepimpinan yang agung.
Di saat-saat getir dengan tindakan kaum kafir yang cuba menghalang penghijrahan itu, baginda mengambil keputusan untuk memastikan yang semua umat islam telahpun selamat keluar dari Kota Mekah. Baginda yang ditemani Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah orang yang terakhir berhijrah.
Itulah contoh kepimpinan agung yang benar-benar mendahulukan rakyat.
Saturday, December 5, 2009
SEMINAR DAKWAH ZON PANTAI TIMUR SABAH 2009
Friday, December 4, 2009
GULA
Pilihan yang lebih baik ialah manisan semulajadi seperti buah-buahan dan jus atau air tebu asli.
Monday, November 30, 2009
FENOMENA TAHUN 2012 - APA AKAN BERLAKU DI MALAYSIA?
Sunday, November 29, 2009
SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN DI KG SKIM COCOS
15 EKOR LEMBU UNTUK MAJLIS KORBAN BERKELOMPOK DAERAH KUNAK
Thursday, November 26, 2009
ASTEROID - PUNCA LETUPAN DI TELUK BONE
Wednesday, November 25, 2009
AKAUN BANK TIDAK AKTIF PUNCA KELAMBATAN PENYALURAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN
Tuesday, November 24, 2009
MEMBANTU PETANI MENINGKATKAN PENDAPATAN
Sunday, November 22, 2009
LOJI JANAKUASA GUNA ARANG BATU TIDAK JEJAS ALAM SEKITAR
Thursday, November 19, 2009
REPLIKA UDANG - TIDAK SESUAI BAGI DAERAH KUNAK?
Replica udang di bulatan jalan Kunak-Semporna sedang dalam pembinaan
Semalam, sebaik keluar dari bilik ketibaan di lapangan terbang Tawau dari Kota Kinabalu, saya telah bertemu dengan seorang rakan lama yang sedang menanti tuntuk menaiki kapal terbang menuju Kuala Lumpur. Selepas memberi salam dan berjabat tangan, beliau bertanya, "Kenapa Udang?"
Kehairanan, saya bertanya balik, “Kenapa dengan udang?”
Sambil tersenyum, rakan saya itu, yang berasal dari Tawau menjelaskan, "Saya tertanya-tanya, kenapa orang Kunak meletakkan tiga replika udang besar di bulatan jalan Pelan Kunak? Saya ingat, di Kunak ni tentulah banyak udang. Jadi, sayapun pergilah ke pasar ikan di Pengkalan, konon mahu juga beli lima-enam kilo udang besar yang murah-murah!"
Kawan saya itu mula ketawa sinis.
"Kau tahu?", katanya sambil terbahak-bahak, dan dengan suara yang meninggi berkata, "seekor udangpun 'ndak ada, kawan!"
Kawan saya itu terus mengusik, dan agak menyentuh juga perasaan saya, "Kawan, oleh kerana kamu tiada udang di pasar, agaknya replika udang tu melambangkan peribahasa, Otak Udang atau Udang di Sebalik Batu, ye?"
Malu juga saya dibuatnya namun hanya dapat tersenyum sipu. Apa nak kata? Ada kebenaran pada kata-katanya itu. Tangkapan udang nelayan Kunak, tidak seberapa, malah tidak mencukupi untuk keperluan orang Kunak sendiri.
Dengan fikiran terganggu oleh kata-kata kawan saya yang agak pedas itu, saya menelefon Pemimpin Kemajuan Rakyat pagi tadi, bertanyakan kalau-kalau beliau boleh menjelaskan mengenainya. Beliau memberitahu bahawa baik beliau sendiri, mahupun Wakil Rakyat Kunak, Datuk Nilwan Kabang, tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk dalam keputusan untuk membina replika tersebut.
Secara peribadi, saya lebih suka jika replika-replika berikut diletakkan di bulatan-bulatan jalan Daerah Kunak:
- Replika menunjukkan kegiatan pemburu-pemburu zaman purba yang berlaku di kawasan Tingkayu Daerah Kunak yang berlaku sekitar 30,000 sebelum masehi;
- Kegiatan penuaian buah kelapa sawit melambangkan kegiatan pertanian utama Daerah Kunak.
- Buah Salak yang melambangkan Daerah Kunak sebagai pengeluar buah salak pertama di negeri Sabah.
Tuesday, November 17, 2009
WAKIL RAKYAT KUNAK MINTA DIBINA PREMIS PERNIAGAAN LUAR BANDAR
Saturday, November 7, 2009
TARIK BALIK CADANGAN DALAM NAP ADALAH LEBIH BERANI
Jika anda berada berhampiran rakan anda yang memiliki kenderaan lama, seperti petani, pengusaha IKS dan kerani AR dalam cerita pos sebelum ini, tentu anda dapat mendengar helaan nafas lega selepas anda memberitahu bahawa kerajaan telah menarik balik cadangan mewajibkan pemeriksaan tahunan oleh Puspakom ke atas kenderaan persendirian berusia 15 tahun ke atas.
Namun sudah memang menjadi lumrah, apa jua yang berlaku, ada saja kritikan kedengaran.
Pihak kerajaan sudahpun membuat keputusan yang memuaskan dan melegakan hati pihak yang terbabit, tetapi masih ada juga pihak yang menganggap keputusan itu sebagai menunjukkan bahawa kerajaan telah membuat cadangan tanpa analisa mendalam dan macam-macam lagi, setakat hendak membebel.
Yang lebih wajar, dalam menarik nafas lega, kita hendaklah bersyukur dan memandang keputusan kerajaan dalam hal ini secara positif.
Ketika usia remaja saya pernah membaca petikan kata-kata seorang pujangga melalui tulisan Professor Dr Hamka, “Mengakui kesilapan adalah berani, tetapi berundur dari kesilapan adalah lebih berani”.
Barangkali kata-kata itu sudah cukup untuk menggambarkan hakikat keputusan kerajaan dalam hal ini. Tidak perlulah lagi terus dihentam dengan kritikan, kerana ianya hanya menunjukkan belang sipengkritik yang bersikap "apa-jua-anda-lakukan-semuanya-salah-belaka".