Utusan Borneo (22 Apr ,09- ms 3) antara lain memetik sebagai berikut:
... Menurutnya (Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kevudayaan dan Alam sekitar) disebakan kekangan siling peruntukan dalam pelaksanaan projek RMK9, Kementerian Pelajaran tidak dapat melaksanakannya (program ubahsuai dan naiktaraf pendidikan seluruh negara) secra menyeluruh.
"Bagaimnaapun, tiga buah sekolah di Kunak menerima pembinaan bilik darjah kabin iaitu SK Mostyn, SK Pangi dan SK Kampung Selamat. Mengikut kontrak, projek ini dijangka siap pada September tahun ini.
"SK Tun Fuad, SK Binuang, SK Skim Cocos dan SK Kunak Jaya juga disenaraikan dalam fasa kedua untuk menerima pembinaan bilik darjah kabin dan projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan RMK9"
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kunak, Nilwan Kabang yang bertanyakan tentang apakah langkah-langkah pihak Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah ketidaksempurnaan prasarana sekolah seperti kerusi, meja yang rosak serta patah dan tandas yang tidak dibaiki.
The Sabah Times (23 April '09-ms 2) pula melaporkan:
...Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakatdan Hal Ehwal Pengguna Herbert Timbon Lagadan berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan "Masyarakat Penyayang" adalah menjadi tanggungjawab kepada ahli-ahli keluarga yang berkemampuan untuk membantu dan menjaga ibubapa mereka.
"Bagaimanapun sekiranya seorang berumur di bawah 60 tahun, dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan sebagai berada dalam keadaan miskin maka bantuan boleh diberikan di bawah skim Bantuan Am.
"Sekiranya pemohon mengidap penyakit kronik dan dalam keadaan terlantar maka bantuan lain akan disalurkan termasuk Bantuan Penjagaan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan
Pesakit Kronik Terlantar yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Bantuan berkenaan akan dibayar atas nama penjaga kepada pemohon," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kunak Nilwan Kabang, pada sesi soal jawab persidangan di Dewan Undangan Negeri, disini, kelmarin.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan ADUN Kunak yang ingin tahu apakah jenis bantuan yang akan diberikan kepada bapa tunggal yang mempunyai anak yang ramai tetapi tidak berkemampuan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata:
"Bapa tunggal juga layak menerima bantuan. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima pelbagai bantuan am dan Bantuan Orang Tua."
- Caption/Gambar: Apabila melawat kampung, Nilwan sememangnya suka duduk berbual dengan warga emas dan golongan yang memerlukan bantuan. Mungkinkah soalan yang ditimbulkan didorong oleh suasana sebegini?