Menyeberang laut menuju Mamuju di Sulawesi |
Saturday, May 30, 2009
MENYINGKAP SEJARAH DAERAH KUNAK - BAHAGIAN 3
Friday, May 29, 2009
MENGENALI DAN MENANGANI INFLUENZA A(H1N1)
Sehingga pukul 2.00 petang pada 29 Mei 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan 55 negara telah melaporkan sejumlah 15,510 kes Influenza A (H1N1) dengan 99 kes kematian. Antara negara yang melaporkan kes tertinggi ialah Amerika Syarikat 7927 kes dengan 11 kematian, Mexico 4910 kes dengan 85 kematian dan Kanada 1,118 kes dengan 2 kematian. Malaysia melaporkan 2 kes.
Kami memuatkan dalam pos ini maklumat-maklumat yang kami kumpul dari beberapa sumber, mudah-mudahan bermanfaat bagi para pembaca “kunakians” yang budiman .
Apakah H1N1?
H1N1 ialah sejenis virus influenza yang menyebabkan penyakit kepada manusia. Ia mula dikesan di Amerika Syarikat pada April 2009. Dipercayai, virus ini berjangkit dari seseorang kepada orang lain dengan cara yang sama seperti influenza bermusim.
Apabila seseorang yang dijangkiti virus H1N1 batuk atau bersin, ia mengeluarkan tempias liur atau hingus yang menandungi virus yang kemudian melekat ke tangannya, jatuh pada sesuatu permukaan atau tersebar di udara. Orang lain yang menyedut udara itu, atau tersentuh tangan atau permukaan yang terdapat virus itu akan terdedah kepada jangkitan.
Tanda-tanda awal jangkitan influenza A(H1N1) ialah pesakit mengalami demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan sendi, gatal tekak, berhingus, dan kadangkala muntah atau cirit-birit.
Penyebaran influenza A(H1N1) dikatakan sebagai pandemik iaitu ia merebak ke seluruh dunia. Ini disebabkan kerana puncanya merupakan jenis virus yang baru dimana umat manusia belum memiliki kelalian atau dayatahan atau keimunan (immunity) terhadapnya. Penyakit berjangkit yang epidemik pula ialah yang sudah biasa berlaku dan boleh dikawal menggunakan vaksin.
Pencegahan dan Tindakan Perlu Jika Timbul Tanda-Tanda Penyakit
· Tutup mulut dan hidung dengan tisu kertas ketika batuk atau bersin. Buang tisu tersebut ke dalam tong sampah yang bertutup.
· Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin.
· Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda terutama jika anda syak yang tangan anda itu kurang bersih. Kuman mudah masuk ke tubuh badan dengan cara demikian.
· Cuba elakkan daripada bersentuhan dengan orang yang sakit.
Apa harus dilakukan oleh seseorang yang mengalami tanda-tanda serangan H1N1?
Jika anda tinggal di kawasan dimana ada orang telah dikenalpasti dijangkiti penyakit ini dan anda mengalami tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, jangan keluar dari rumah melainkan untuk tujuan mendapatkan rawatan dan elakkan bersentuhan dengan orang lain. Jika tanda-tanda penyakit itu semakin ketara dapatkan rawatan dengan segera. Doktor anda akan menentukan samada anda perlu atau tidak melalui ujian flu atau rawatan.
Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran berikut, dapatkan rawatan kecemasan.
Bagi kanak-kanak, tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera termasuk:
· Sesak nafas
· Kulit berwarna kebiru-biruan atau kelabu
· Tidak mahu minum
· Banyak atau kerap muntah
· Tidak mahu bangun atau tidak mahu bermain
· Mudah merajuk sehingga tidak mahu dipegang
· Tanda-tanda seperti selsema reda tapi kemudian kembali demam dan batuk yang lebih teruk.
Bagi orang dewasa, tanda-tanda tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera termasuk:
· Semput atau sesak nafas
· Sakit pada dada atau kejang pada perut
· Tiba-tiba pening
· Kebingungan
· Banyak atau kerap muntah
· Tanda-tanda seperti selsema reda tapi kemudian kembali demam dan batuk yang lebih teruk.
Sunday, May 24, 2009
PRODUK DAERAH KUNAK - KEREPEK UBI BESAR
Jika anda seorang pelancong atau pengembara yang balik melalui jalan darat dari pulau pelancongan yang terkenal di Sabah iaitu Pulau Sipadan di Semporna ke Kota Kinabalu, anda akan melalui pekan Kunak, sebuah pekan kecil yang terletak di kawasan pantai paling ke dalam Teluk Lahad Datu (Darvel Bay). Sejurus selepas melalui bulatan jalan utama Kunak, anda akan dapat melihat sederet gerai papan di sebelah kiri bahu jalan. Barangan yang di jual di gerai ini kebanyakannya merupakan makanan ringan hasil tempatan serta minuman dalam botol atau tin, termasuklah tentunya Coca Cola dan Pepsi. Jika anda merupakan penumpang bas ekspres (seperti Dyana, Sairah, Pelangi, Ali Topan dsb.) anda mempunyai peluang untuk singgah di kawasan gerai ini kerana para pemandu dan kelendan bas-bas berkenaan merupakan pelanggan tetap gerai-gerai tersebut.
Antara barangan jualan di gerai ini yang paling laris di kalangan pelancung dan pengembara ialah Kerepek Ubi, yang bahan utamanya ialah ubi kayu (Manihot esculenta). Ia sering juga disebut sebagai Kerepek Besar atau Kerepek Lebar berdasarkan saiznya yang besar, iaitu berukuran 10 inci lebar dan 15 inci panjang berbanding kerepek biasa yang berukuran lebihkurang satu inci persegi. Sebungkus kerepek ubi yang mengandungi 3 keping kerepek lebar biasanya dijual pada harga RM 2.00 di gerai ini.
Pengguna yang menjaga kesihatan lebih mengutamakan Kerepek Ubi buatan Kunak kerana produk ini tidak mengandungi bahan pengawet. Bahan-bahan yang digunakan adalah ringkas iaitu ubi parut segar, tepung kanji, gula pasir dan minyak masak (untuk menggoreng).
Penghasilan: Carta aliran di bawah ini menunjukkan langkah-langkah pembuatan Kerepek Ubi Kunak.
Monday, May 18, 2009
MENYINGKAP SEJARAH DAERAH KUNAK - BHG II
Wednesday, May 13, 2009
PERKAMPUNGAN BARU DI DAERAH KUNAK
Kunak, 12 Mei 2009. Sebuah kampong baru akan diwujudkan di Daerah Kunak berhampiran dengan Kampong Kunak Tiga. Perkara ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampong Kunak Tiga pagi tadi. Penubuhan kampong baru itu merupakan sebahagian dari langkah-langkah dalam usaha menjadikan Daerah Kunak sebagai daerah setinggan sifar. Ia juga bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan tersusun. Adalah sukar bagi kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk terutama infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas sekiranya rumah-rumah di kampong itu tidak tersusun.
Menurut Nilwan, pihaknya sedang dalam proses menyediakan permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan untuk membangun kawasan berkenaan menjadi sebuah perkampungan yang tersusun serta lengkap dengan kemudahan asas. Selepas sesi dialog bersama penduduk kampong, Nilwan dan beberapa orang pegawai kerajaan serta penduduk kampong Kunak Tiga melawat kawasan yang dicadangkan.
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan bersama oleh Jabatan Penerangan Daerah Kunak dan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat N51 Kunak. Pembukaan majlis telah diserikan dengan tarian tradisional oleh penari-penari dari Kampung Kunak Tiga. Klik di sini untuk menyaksikan persembahan tarian berkenaan.
Sunday, May 10, 2009
MENYINGKAP SEJARAH DAERAH KUNAK - BAHAGIAN 1
Daerah Kunak meliputi kawasan seluas 1144 batu persegi dan terdiri daripada dua mukim Mukim Madai dam Mukim Pangi. Daerah ini terletak pada kedudukan global 4o 40’ 60 N; 118o 15’ 0 E.Kawasan di bahagian timur Sabah ini telah timbul dari permukaan laut pada zaman Cretaceous (Zaman Batu Kapur - 140 juta hingga 65 juta tahun yang lalu) sedangkan Norneo pada keseluruhannya timbul hanya 15 juta tahun yang lalu. Oleh kerana itulah gumpalan-gumpalan batu kapur yang besar kebanyakkannya terdapat di pantai timur Sabah. Satu daripada bentukan seumpamanya ialah Gua Madai di Daerah Kunak.
Pada zaman Pleistocene lebihkurang 2.5 juta tahun dahulu, Borneo, Jawa, Sumatra, Sulawesi dan Semenanjung Malaysia dan beberapa pulau kecil yang lain adalah bercantum sebagai satu benua yang dikenali sebagai Tanah Sunda (Sundaland). Pada waktu-waktu tertentu di zaman itu, paras laut amat rendah sehingga memungkikan seseorang itu mengembara dari Kunak ke Ireland tanpa merentas lautan. Laluan darat zaman purba ini telah memperkaya flora dan fauna di Borneo. Setelah paras air laut meninggi kembali, Tanah Sunda telah terpisah oleh lautan dan Pulau Borneo berkembang mengikut peredaran masa secara berasingan.