أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Alhamdulillah, segala puji
bagi Allah yang dengan rahmatNya jua maka kita diberi kesempatan untuk
melanjutkan tulisan dalam siri ini. Salawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda.
Menurut
Imam Al-Ghazali r.a. dalam Ihya’
Ulumiddin – Kitab Rahasia Solat dan Segala Kepentingannya, apabila sudah
dalam keadaan berdiri lurus dan menghadap qiblat seperti yang dihuraikan pada
bahagian pertama siri ini, musolli (orang yang solat) hendaklah membaca Surah An-Naas, kemudian iqamah. Dan jika dia mengharapkan akan
kedatangan orang untuk menyertainya solat, maka hendaklah dia azan terlebih dahulu.
Setelah
selesai iqamah, dan masih dalam keadaan berdiri lurus menghadap qiblat, musolli
hendaklah berniat dalam hati dengan jelas, iaitu jika akan solat Zohor maka jelas diniatkannya untuk Zohor dan bukan Asar;
solat fardhu untuk membezakan dengan yang sunat, solat pada waktunya untuk
membezakan dengan solat qadha dan sebagainya.
Hendaklah
niat itu kekal hadir dalam hati sehingga akhir takbiratul ihram.
2. MENGANGKAT TANGAN KETIKA TAKBIRATUL
IHRAM
2.1. Dari
keadaan berdiri tegak, tangan diangkat hingga setentang dengan bahu.
2.2. Kedua tapak tangan terbuka
menghadap ke kiblat.
2.3. Jari jemari tangan dalam
keadaan sanatai (tidak dipaksa untuk dirapatkan dan tidak pula terlalu
direnggangkan)
2.4. Kedua ibu jari setentang
dengan hujung bawah cuping telinga
2.5. Kedua hujung anak jari
setentang dengan hujung atas cuping telinga
-
Dalam buku Teladani Solat
Nabi SAW, Muhammad Uzair Al-Aziz menerangkan tentang tiga keadaan kedudukan
tangan ketika bertakbir yang boleh digunapakai kerana terdapat hadis yang sahih
mengenai ketiga-tiga keadaan tersebut:
Pertama : Bertakbir serentak dengan mengangkat kedua tangan.
Kedua :
Mengangkat kedua tangan terlebih dahulu kemudian bertakbir.
Ketiga : Bertakbir kemudian mengangkat kedua tangan.
- Ustaz Azhar
Idrus (UAI) menerangkan dalam ‘youtube’ UstazAzhar Idrus – Qiam: Syarat Sah Takbiratul Ihram, yang dimuatnaik oleh shahzaro, bahawa orang yang mampu
berdiri tegak tetapi melakukan takbiratul ihram dalam keadaan tidak berdiri
tegak maka takbiratul ihramnya tidak sah, dan solatnya juga tidak sah.
- Dalam klip
video lain yang dimuatnaik oleh Ahmad Azhari Abdul Aziz bertajuk Ustaz Azhar Idrus – Takbiratul Ihram TakAngkat Tangan, UAI menerangkan bahawa takbiratul ihram sah tanpa mengangkat
tangan namun pahala sunnah tidak diperoleh. Demikian pula pahala sunnah tidak
diperoleh apabila tangan diangkat dengan cara yang lain. UAI seterusnya
menerangkan tentang cara mengangkat tangan untuk mendapatkan pahala sunnah
dalam takbiratul ihram, iaitu seperti yang diterangkan di atas.
- Hadis
Riwayat Muslim r.a. mengenai Takbir dan Mengangkat Tangan:
1. Dari Salim r.a., dari bapaknya,
katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW ketika beliau memulai solat: diangkatnya
kedua tangannya hingga setentang dengan kedua bahunya. Begitu pula sebelum
ruku’. Tetapi beliau tidak mengangkatnya ketika duduk antara dua sujud.”
2. Dari Salim bin Abdullah Bin Umar
r.a., katanya: “Apabila Rasulullah SAW berdiri hendak solat, maka diangkatnya
kedua tangannya hingga setentang dengan kedua bahunya sambil membaca takbir.
Apabila beliau hendak ruku’, dilakukannya pula seperti itu, begitu pula ketika
bangkit dari ruku’. Tetapi beliau tidak melakukannya ketika mengangkat kepala
dari sujud.
3. Dari Malik bin Huwairits r.a.,
katanya: “Bila Rasulullah SAW takbir (untuk solat) beliau mengangkat kedua
tangannya hingga setentang dengan kedua telinganya. Dan bila
beliau hendak ruku’, diangkatnya pula kedua tangannya setentang dengan
telinganya. Dan bila beliau mengangkat tangan dari ruku’, beliau membaca حَمِدهُ لِمنْ اللهُ سَمِعَ sambil mengangkat tangan seperti itu pula."
- Hadis Riwayat Bukhari r.a. mengenai Takbir dan Mengangkat Tangan:
1. Dari Abdullah
bin Umar r.anhuma, katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW apabila berdiri untuk
memulai mengerjakan solat: beliau SAW mengangkat kedua tangannya sehingga kedua
tangannya itu bertepatan sekali dengan kedua bahunya. Beliau SAW mengerjakan
sedemikian itu pula ketika bertakbir hendak melakukan ruku’, begitu pula ketika mengangkat kepalanya dari
ruku dan terus mengucapkan حَمِدهُ لِمنْ اللهُ سَمِعَ , tetapi beliau
SAW tidak melakukan itu diwaktu hendak bersujud.”
Semoga bermanfaat
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
No comments:
Post a Comment