أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Apa yang saya cuba
sampaikan dalam siri tulisan inilah bukanlah bermaksud untuk menjadikannya
sebagai perdebatan, lebih-lebih lagi tiadalah sama sekali tujuan saya untuk
menyatakan bahawa cara berlainan yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam
adalah salah atau tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW. Bahkan tujuan saya
adalah semata-mata mengharapkan redha Allah SWT dengan berkongsi serba sedikit
maklumat dari apa yang saya dapati dari beberapa sumber. Keampunan jua yang saya harapkan dari Allah atas segala kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
1.
CARA BERDIRI UNTUK SOLAT
1 1.1.Menghadap
Qiblat
1 1.2.Merenggangkan
Kedua Tapak Kaki
1 1.3.Jari kaki
menghadap ke qiblat
1 1.4.Kedua-dua
lutut serta tulang belakang dalam keadaan lurus
1 1.5.Kepala
ditundukkan sedikit
1 1.6.Mata
memandang ke tempat sujud
-
Petikan
dari Ihya’ Ulumiddin - Kitab Rahasia
Solat dan Segala Kepentingannya, karya Imam Al-Ghazali r.a:
Setelah selesai berwudhu dan
suci daripada najis pada badan, pakain dan tempat, musolli (orang yang
mengerjakan solat) hendaklah berdiri menghadap qiblat, dan merenggangkan antara
kedua tapak kakinya, tidak dirapatkan.
Dan dijaga mengenai kedua
lututnya dan tulang belakangnya dengan lurus. Dan mengenai kepalanya, kalau ia
mahu, maka dibiarkannya tegak lurus, dan kalau ia mahu, maka ditundukkannya
sedikit. Menundukkan kepala itu adalah lebih mendekatkan kepada khusyu’ dan
lebih memincingkan kepada mata.
Dan hendaklah matanya tertuju
kepada musollanya (tempat solatnya) . . .
-
Petikan dari buku Pedoman Solat oleh Prof Dr. T.M. Hasbi
Ash-Shiddieqy:
Apabila kita berdiri buat solat, maka hendaklah kita berdiri
dengan lurus, sama tegak kedua belah kaki, berhadap ke qiblat (ke arahnya)
dengan menundukkan kepala, memandang ke tempat sujud, dan menghadapkan ujung
jari-jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki kira-kira 10 cm,
yakni jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.
- Dari “youtube”, Bukaan Kaki Semasa Berdiri Dalam Solat –
Ustaz Azhar Idrus UAI dimuatnaik oleh
alRamadhan88:
Soalan : Semasa berdiri dalam
sembahyang bagaimanakah bukaan kaki yang sesuai?
Jawapan : Ada pandangan mengatakan
hendaklah ditutup, ada pandangan mengatakan dibuka kadar sejengkal, ada
mengatakan kalau perempuan ditutup dan kalau laki-laki dibuka kadar sejengkal.
Jawabnya, semua ni boleh belaka. Yang tidak boleh ialah kita besarkan kaki
(terlalu merenggangkan) sehingga menyempitkan ruang shaf. Itu adalah dilarang
oleh syarak.
-
Dari TV ALHIJRAH, 30 Minit Ustaz Don – Rukun Solat: Berdiri
Tegak – dimuatnaik ke “youtube” oleh
champ20ns, disimpulkan:
Orang yang tidak boleh berdiri lama kerana uzur, hendaklah
juga memulakan solat fardhu dengan berdiri. Selepas takbiratul ihram maka bolehlah dia duduk
untuk menyempurnakan rukun-rukun solat seterusnya.
Kaki hendaklah dalam keadaan
seperti 'nombor 11', bagi lelaki, sekurang-kurang jarak ialah 4 jari dan sebaik-baiknya
sejengkal, bagi perempuan ialah serapat yang mampu.
Bagi orang yang sememangnya
badannya tidak tegak berdiri dalam keadaan biasa, maka hendaklah dia menegakkan
tubuh anggota dan tubuh badannya mengikut kemampuan.
Sembahyang sunat dibolehkan duduk,
tetapi apabila solat sunat berjemaah sebaik-baiknya berdiri atau mengikut cara
imam.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ الله لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنّهُ هُوَ اْلغَفُوْرُ
الرّحِيْمُ
No comments:
Post a Comment