أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Alhamdulillah, segala puji
bagi Allah yang dengan rahmatNya jua maka kita diberi kesempatan untuk
melanjutkan ke bahagian ketiga dalam siri ini. Salawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda.
Setelah
sempurna takbiratul ihram yang disertai dengan mengangkat kedua tangan seperti
yang dijelaskan dalam bahagian kedua siri ini, musolli (orang yang solat) yang
mampu hendaklah terus berada dalam keadaan qiyam.
Pegawai
Dakwah Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan, Tuan Haji Othman Haji Ahmad
menerangkan maksud qiyam (berdiri betul): “dengan membetulkan tulang belakang
bagi yang berkuasa, oleh itu di dalam melakukan qiyam, jangan condong ke
mana-mana arah dengan tidak meluruskan tulang belakang. Sekiranya condong
tidaklah dinamakan qiyam dan batal sembahyang.”(1)
Imam
Al-Ghazali menyarankan kedudukan tangan dalam keadaan qiyam selepas takbiratul
ihram seperti berikut: (2)
2.
KEDUDUKAN TANGAN KETIKA QIYAM
SELEPAS TAKBIRATUL IHRAM
2.1.
Meletakkan kedua tangan di atas pusat
dan di bawah dada
2.2.
Tangan kanan di atas tangan kiri
2.3.
Telunjuk dan jari tengah dari tangan
kanan dilepaskan di atas sepanjang lengan kiri.
2.4. Ibu jari, kelingking dan
anak jari menggenggam pergelangan tangan kiri.
- Saranan Prof. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy(3):
“Apabila sudah selesai bertakbir, maka turunkanlah tangan dan letakkanyalah
keduanya atas dada, dengan meletakkan pergelangan tangan kanan atas tangan
kiri, menggenggam pergelangan tangan kiri dengan kelingking, jari manis, jari
tengah dan ibu jari, sedang telunjuk diulurkan atas tangan kiri.
- Dari Wa-il bin Hujr r.a., katanya dia melihat Nabi SAW
mengangkat kedua tangan pada permulaan solat setentang dengan kedua telinganya
sambil membaca takbir. Kemudian dilipatkannya bajunya lalu
diletakkanya tangan kanan di atas yang kiri. (H.R. Muslim)(4)
- Dari Ibnu Abi Hazam, dari Sahal bin
Sa’ad, katanya: “Orang-orang yakni para sahabat diperintah oleh Nabi SAW agar
supaya seseorang itu meletakkan tangan kanan di atas hasta kirinya di dalam
melakukan solat.”
Abu
Hazam mengatakan: “Aku tidak mengerti persolan ini, hanya saja Sahal merafa’kan
hadits itu kepada Nabi SAW.” (H.R. Bukhary)(5)
- Ustaz Azhar Idrus menyebut tiga
tempat kedudukan kedua tangan selepas takbiratul ihram yang dipersetujui oleh
para ‘ulama:(6)
(i)
Atas pada pusat – Imam Syafie dan
Imam Maliki
(ii)
Atas dada – Dipakai oleh Mazhab
Hambali
(iii)
Di bawah pusat – Dipakai oleh Mazhab Hanafi
Semoga bermanfaat
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(1) Haji Othman Haji Ahmad, Kesempurnaan
Sembahyang, pondokhabib.wordpress.com/2010/09/16.
(2) H. Ismail Yakub, Terjemahan
“Ihya’ Ulumiddin
oleh Imam Al-Ghazali”, Perc. Menara Kudus, Jakarta, 1980.
(3) Muhd Hasbi Ash-Shiddieqy, Pedoman
Shalat, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta, 1978.
(4) Ma’Mur Daud, Terjemah
Hadis Shahih Muslim, Klang Book Center, Klang, Malaysia, 1982.
(5) H. Moh Abdai Rothomy, Terjemahan
Hadis Shahih Bukhary, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1993.
(6) Hambafaqir, Kedudukan Tangan Selepas Takbir (Qiyam) – Ustaz Azhar Idrus,
www.youtube.com/watch?v=oZPt07uidAA
No comments:
Post a Comment