Apabila menambah sesuatu nombor dengan 9 tambahkan 1 kepada angka pada kedudukan PULUH dan tolak 1 dari angka pada kedudukan SA nombor tersebut.
23 + 9 = 32 --> angka 2 pada kedudukan PULUH ditambah 1 menjadi 3
angka 3 pada kedudukan SA ditolak 1 menjadi 2
18 + 9 = 27
165 + 9 = 174
Apabila mendarab sesuatu angka asas dengan 9, tolak 1 dari angka itu kemudian tuliskan pelengkapnya.
4 x 9 = 36 --> 4 - 1 = 3; pelengkap 4 ialah 6.
7 x 9 = 63 --> 7 - 1 = 6; pelengkap 7 ialah 3.
8 x 9 = 72 --> 8 - 1 = 7; pelengkap 8 ialah 2.
Apabila menolak sesuatu nombor dengan 9, tolaklah dengan 10 kemudian tambah 1.
18 - 9 = 8 + 1 <--> 18 - 10 = 8
= 9
67 - 9 = 57 +1 <--> 67 - 10 = 57
= 58
Bukan keajaiban....tapi keindahan dalam matematik.......
ReplyDelete